Mawar lerai spekulasi, perpisahan jadi pilihan

Iklan
Perubahan imej Mawar Oktober lalu telah mencetuskan spekulasi dan kontroversi.

PELAKON Mawar Rashid akhirnya meleraikan segala spekulasi berkaitan rumah tangganya apabila mengumumkan perpisahan dengan suami, Raf Yaakob.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mereka sepakat untuk berpisah kerana tiada lagi persefahaman.

Iklan
Iklan

"Fokus utama kami sekarang adalah untuk memberikan semua sokongan dan kasih sayang yang diperlukan oleh anak-anak kami.

"Boleh menjaga anak-anak bersama adalah satu kejayaan dan itu yang akan kami usahakan Insya-ALLAH,” kongsinya menerusi ruangan Insta Story di Instagram miliknya.

Iklan
Mawar dan Raf lerai spekulasi perkahwinan mereka hari ini.

Dalam pada itu, Mawar juga berharap tiada lagi spekulasi atau komen negatif berkaitan perkahwinan mereka selepas ini.

"Kami berdua benar-benar kesal untuk berkongsi berita ini dengan anda semua. Bagaimanapun ini adalah yang terbaik untuk kami berdua.

Iklan

"Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami berdua dan juga kata-kata baik anda. Ia benar-benar bermakna kepada kami,” ujarnya.

Sebelum itu, pada 10 Oktober lalu Mawar mengejutkan banyak pihak apabila berkongsi foto tidak lagi berhijab.

Bagaimanapun spekulasi rumah tangga Mawar mula menjadi perhatian selepas bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu memadamkan gambar suaminya.

Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan selama enam tahun itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.