Johor Tigris, Penang Black Panthers buat perhitungan akhir esok

Iklan
Penang Black Panthers mudah menewaskan Korea Haechi bagi menempah slot perlawanan akhir Liga Juara STL Champions Cup 2019 bertemu Johor Tigris malam esok. - Foto STL Champions Cup 2019.

JOHOR Tigris dan Penang Black Panthers akan membuat perhitungan di pentas akhir Liga Juara STL Champions Cup 2019 malam esok jam di Iskandar Studio Malaysia, Johor selepas menewaskan lawan masing-masing malam ini.

Johor Tigris melakar kemenangan selepas menewaskan juara Liga Premier Sepak Takraw STL 2019, Perak Bison dalam pertembungan 58 minit dengan 21-14 dan 21-17 di separuh akhir manakala juara bertahan, Penang Black Panthers pula mudah menundukkan wakil Korea Selatan, Korea Haechi 21-15 dan 21-7.

Iklan
Iklan

Johor Tigris pastinya ingin melakar sejarah di hadapan penyokong sendiri manakala Penang Black Panthers akan berusaha meraih gelaran treble selepas meraih kejuaraan pada dua edisi sebelum ini.

Johor Tigris mara ke perlawanan akhir Liga Juara STL Champions Cup 2019 selepas menewaskan Perak Bison di separuh akhir. -Foto: STL Champions Cup 2019

Kapten Black Panthers, Farhan Adam berkata, pasukannya akan turun bagi memburu kemenangan dan akan menunjukkan permainan yang baik.

Iklan

"Johor Tigris pasukan yang kuat dan ditambah pula mereka ialah pasukan tuan rumah. Sorakan penyokong mereka pastinya akan memberikan momentum baik untuk pemain-pemain mereka.

"Kalau kita lihat pada perlawanan separuh akhir malam ini, pemain Johor Tigris mendapat suntikan moral daripada penyokong mereka.

Iklan

"Kami akan turun dan berikan tentangan sengit malam esok," katanya.

Sementara itu, Perak Bison dan Korea Haechi akan turun pada bagi penentuan tempat ketiga dan keempat pada jam 6 petang esok.

Johor Tigris dan Penang Black Panters akan membuat perhitungan akhir malam esok bagi merebut kejuaraan STL Champios Cup 2019. -Foto: STL Champions Cup 2019