Laungan bebaskan Palestin bergema di PAT Bersatu

Iklan
Bendera Palestin - Foto 123RF

SHAH ALAM - Meskipun fokus utama Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kali keenam yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) bermula hari ini tertumpu kepada hala tuju parti, namun kesengsaraan yang dialami penduduk Palestin susulan serangan rejim Zionis tidak dilupakan.

Buktinya, sebelum acara utama dimulakan semua perwakilan termasuk pimpinan tertinggi parti melaungkan ‘bebaskan Palestin’ sebagai solidariti kepada rakyat di bumi berdarah tersebut.

Iklan
Iklan

Selain itu, perwakilan turut dipertontonkan dengan video penduduk di Palestin khususnya di bumi Semenanjung Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Israel tersebut.

Pelbagai video serangan yang berlaku ke atas Palestin yang dipaparkan itu mengundang sebak seluruh perwakilan yang hadir.

Iklan

Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara dan darat Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas meningkat kepada 14,532 orang.

Ini termasuk lebih 6,000 kanak-kanak dan 4,000 wanita, kata pejabat media di wilayah dikepung itu pada Rabu.

Iklan

Angka kematian dalam kalangan kakitangan perubatan mencecah 205 orang, termasuk doktor, jururawat dan paramedik, menurut pejabat itu dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.