Warga emas ditetak tiga penyamun berparang

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Ahmad Adnan

TELUK INTAN - Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun cedera di tangan akibat ditetak tiga suspek dalam kejadian samun di Taman Indah Jaya di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah daerah menuju ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat sekitar jam 5.20 petang.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang terpedaya dengan tawaran tersebut membenarkan suspek masuk rumah. Suspek kemudiannya menolak mangsa dengan kuat hingga terjatuh.

"Mangsa cuba melarikan diri namun berjaya dihalang oleh suspek dengan menetak tangan mangsa menggunakan sebilah parang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, suspek bertindak mengikat tangan mangsa menggunakan tuala kecil sebelum dua rakannya masuk ke dalam rumah.

"Mereka menggeledah rumah dan melarikan barang kemas, jam tangan pelbagai jenama, wang tunai RM3,000, sebuah telefon bimbit serta kereta jenis Perodua Axia warna Perak milik mangsa.

Iklan

Ahmad Adnan berkata, siasatan Unit Forensik berjaya menimbulkan 11 cap jari dipercayai milik suspek.

"Pengecaman wajah melalui fotofit telah dijalankan dengan hasil pengecaman sebanyak 70 peratus.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 394/379A Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Fa'eqa Razak di talian 017-4415342 atau 05-6299222 bagi membantu siasatan.