Hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri hingga Sabtu

Iklan
Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan dan Pahang serta seluruh Terengganu hingga Sabtu ini. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang serta seluruh Terengganu hingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala Pahang di Kuantan.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengumumkan penamatan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

"Penamatan amaran hujan berterusan tahap wasapada melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Di Perak pula amaran itu ditamatkan bagi kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung. - Bernama

Iklan