Siap siaga hadapi kemungkinan banjir - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seluruh rakyat khususnya yang berada di kawasan berisiko bencana banjir diminta agar bersiap siaga di dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata, perancangan prosedur operasi standard (SOP) penyelamatan telah dilakukan sebaiknya selain kerjasama semua agensi untuk dimobilisasikan secara berkesan dalam pelaksanaan segala langkah keselamatan.

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara.

Iklan
Iklan

"Saya yakin dengan koordinasi yang baik, kita dapat mengurangkan kesan atau dampak negatif dari bencana ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.

Sebagai Pengerusi Barisan Nasional pula, Ahmad Zahid mengarahkan seluruh jentera BN di peringkat bahagian mahupun di PDM yang berada di Kemaman ketika ini untuk sama-sama berganding bahu sekiranya sebarang bencana berlaku.

Iklan

Beliau berkata, rakyat khususnya di Kemaman dinasihati agar terus mematuhi arahan dan petunjuk yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan serta agensi.

"Saya yakin, dengan semangat kebersamaan, kita akan hadapi ujian ini dengan ketahanan serta kesabaran," katanya.

Iklan

Malaysia memasuki musim Monsun Timur Laut yang kebanyakan negeri mengalami hujan bulanan minimum di antara 100 hingga 150mm dan berisiko menyebabkan banjir.