Asyraf Wajdi beri peringatan buat pelajar tajaan Mara luar negara

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan mana-mana pelajar tajaan Mara di luar negara agar jangan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.

Beliau berkata, sebarang bentuk perlanggaran yang melibatkan kepentingan pelajar dan juga imej Mara akan dikenakan tindakan tegas.

Iklan
Iklan

"Pelajar tajaan Mara di luar negara sentiasa diingatkan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti tidak bermoral yang melanggar kepentingan pelajar dan Mara.

"Sebarang perlanggaran boleh dikenakan tindakan amat tegas!” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan
Tangkap layar hantaran Ahmad Fadhli di Facebook pada Rabu.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari pada Rabu yang menerima aduan mengenai program Nottingham Malaysian Games iaitu acara tahunan pertandingan sukan antara persatuan pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) menganjurkan ‘after party’ buat pertama kali di kelab malam, Tunnel Club.

Jelasnya, penganjuran ‘after party’ itu secara terbuka mengajak kesemua peserta untuk turut hadir sehinggakan perkara tersebut menimbulkan keresahan dalam kalangan pelajar Malaysia, ibu bapa dan ahli persatuan.

Iklan

Justeru, Ahmad Fadhli menggesa Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk mengambil tindakan segera agar program yang ditaja agensi di bawah kementeriannya membatalkan program ‘after party’ berkenaan.

Tambahnya lagi, pemberi bantuan biasiswa seperti Mara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Petronas dan lain-lain juga diminta memantau kegiatan pelajar Malaysia di bawah tajaannya.