Masalah kewangan faktor utama perceraian
Iklan


DOSM pada Khamis mendedahkan kadar perceraian di negara ini menunjukkan peningkatan ketara iaitu daripada 43,936 kes pada tahun 2021 kepada 62,890 kes pada tahun 2022. (Gambar hiasan) Gambar kecil: Hushim
SHAH ALAM - Masalah kewangan merupakan faktor utama yang mendorong kepada kes-kes perceraian yang berlaku di negara ini.
Perunding Motivasi dan Kaunseling, Hushim Salleh berkata, kebanyakan kes perceraian didorong oleh pelbagai masalah kewangan termasuk melibatkan pemberian nafkah, kehilangan pekerjaan dan perbezaan pendapatan antara pasangan yang ketara.