Hubungan antarabangsa makin kukuh di bawah Anwar
Iklan
SHAH ALAM - Setahun bergelar pemimpin nombor satu negara sejak 24 November 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempamer keupayaan mentadbir urusan domestik serta hal ehwal antarabangsa dengan baik.
Anwar, 76, menarik banyak pelaburan asing pada ketika negara lain bergelut dengan kemelut ekonomi malah Ahli Parlimen Tambun itu semakin mapan dalam memperkukuh hubungan antarabangsa dengan pelbagai negara.