Di Maria bersara selepas Copa America

Iklan
Angel Di Maria - Foto AFP

PENYERANG Argentina, Angel Di Maria akan bersara daripada pentas bola sepak antarabangsa selepas Copa America tahun depan, kata pemain berusia 35 tahun itu pada Khamis selepas mewakili negaranya selama 15 tahun.

Di Maria telah membuat 136 penampilan untuk juara dunia, Argentina sejak penampilan pertamanya pada 2008 dan telah bermain dalam empat Piala Dunia serta menjaringkan gol dalam kemenangan perlawanan akhir 2022 ke atas Perancis.

Iklan
Iklan

Dia akan mengambil bahagian dalam Copa America keenamnya pada kejohanan yang akan berlangsung di Amerika Syarikat pada Jun tahun depan.

"Copa America akan menjadi aksi terakhir saya memakai jersi Argentina.

Iklan

"Dengan segala suka duka, saya mengucapkan selamat tinggal kepada perkara terindah yang berlaku kepada saya dalam kerjaya.

"Saya tidak dapat menyatakan dengan kata-kata betapa sorakan penyokong telah memenuhi jiwa saya dalam perlawanan terakhir ini, saya menikmati setiap detik bersama rakan sepasukan dan rakan-rakan saya,” katanya merujuk kepada kelayakan Piala Dunia terakhirnya ketika Argentina mengalahkan Brazil.

Iklan

Di Maria menyertai semula juara Portugal Benfica tahun ini, kelab pernah dia beraksi antara 2007 dan 2010 ketika pertama kali tiba di Eropah.

Pemain sayap itu turut bermain untuk Real Madrid, Paris St Germain, Juventus dan Manchester United.