BATU PAHAT - Pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, meminta keluarga atau waris terdekat kepada seorang pesakit lelaki yang telah meninggal dunia untuk segera menghubungi hospital berkenaan.
Penolong Pegawai Penerangan HSNI, Norsyafika Sadri berkata, pesakit dipercayai berketurunan Melayu dan dimasukkan ke Wad 6A pada 6.14 petang 15 November lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada 10.44 pagi keesokan harinya (16 November 2023), akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun katanya, sehingga ke hari ini belum ada keluarga atau waris terdekat menghubungi pihak hospital atau melawat pesakit.
"Pada tarikh 15 November, pesakit datang sendiri ke hospital dan dimasukkan ke wad pada 15 November lalu, setelah didiagnos pesakit disahkan meninggal dunia pada 16 November lalu akibat jangkitan kuman di paru-paru.
"Sehingga kini, mayat berkenaan masih ditempatkan di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail kerana masih belum ada keluarga atau waris terdekat yang datang menuntutnya.
"Oleh itu, kami sangat mengharapkan agar keluarga atau waris terdekat dapat menghubungi kami di talian 07-4363000 sambungan 3024 bagi urusan tersebut,” katanya.
Artikel Berkaitan