Liverpool desak cepatkan hukuman ke atas City

Iklan
City menghadapi 115 tuduhan FFP oleh Liga Perdana.

LIVERPOOL merupakan kelab yang mengetuai usaha mendesak Liga Perdana segera menyelesaikan kes Financial Fair Play (FFP) Manchester City, lapor Football Insider.

Kelab Merseyside itu memberi tekanan kepada Liga Perdana untuk menyelesaikan siasatan terhadap City yang pemenang treble musim lalu itu dan mahu keputusan dicapai sebelum permulaan musim 2024/25.

Iklan
Iklan

Sebuah suruhanjaya bebas memutuskan minggu lalu bahawa Everton bersalah kerana melanggar peraturan kewangan dan Toffees kemudiannya dikenakan potongan 10 mata.

Liga Perdana mendakwa City dengan 115 pertuduhan peraturan kewangan pada Februari berikutan siasatan selama empat tahun, manakala siasatan ke atas Everton dilancarkan pada Mac.

Iklan

Skala kes FFP City ternyata lebih besar daripada penyiasatan ke atas tuduhan tunggal Everton, tetapi beberapa kelab seperti Liverpool mula kecewa dengan kelewatan siasatan dalam kes City itu.

Difahamkan, Manchester United juga telah mengambil tindakan untuk mendesak kes City diselesaikan.

Iklan

Jika didapati bersalah, pemenang tujuh kali Liga Perdana itu mungkin berdepan pemotongan mata, tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris selain kejuaraan mereka ditarik balik.