Bersatu jadi sasaran PH kerana kuat - Muhyiddin

Iklan
Muhyiddn ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu (PAT) Bersatu 2023 kali ke-6 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini pada Jumaat. - Foto Sinar Harian/Mohd Rafiq Redzuan

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa partinya kini menjadi sasaran Pakatan Harapan (PH) kerana dianggap sebagai saingan mereka.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, keadaan tersebut berlaku kerana pihak lawan bimbang dengan kekuatan yang dimiliki partinya.

Iklan
Iklan

"Jangan gundah-gulana bila kita diserang. Jangan takut dan menikus bila kita menjadi sasaran. Inilah mehnah dan tribulasi apabila kita berpegang teguh dan berakar dengan idealisme perjuangan kita.

"Jangan ingat semua orang boleh dibeli dan disogok dengan laba. Jangan goyah apabila parti kita ini diuji. Kita diuji kerana kita kuat. Kita diuji kerana tekad dan keteguhan kita. Kita diuji kerana keikhlasan kita memperjuangkan nasib rakyat.

Iklan

"Justeru, jangan goyah dengan ujian kerana saat itulah martabat dan harakat kita sedang diangkat untuk kemenangan yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu (PAT) Bersatu 2023 kali ke-6 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Naib Presiden Bersatu; Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Naib Presiden Bersatu; Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Setiausaha Agung Bersatu; Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Iklan

Muhyiddin menambah, idealisme dan jalur besar perjuangan Bersatu bertunjangkan cita-cita untuk memastikan negara ini makmur, demokratik, adil dan saksama serta prihatin rakyat.

Katanya, keazaman untuk meneruskan cita-cita murni rakyat, iltizam politik dan prinsip perjuangan yang teguh merupakan faktor kejayaan partinya melakukan perubahan besar landskap politik negara dengan lonjakan sokongan rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN) lalu.