Tun M, Muhyiddin, Hadi bergabung dalam ceramah 'grand finale'

Iklan
Hanafiah (kanan) mengiringi Ahmad Samsuri ketika mengiringi Ahmad Samsuri dalam program 'walkabout' di sebuah kompleks beli-belah di sini. - Foto: Facebook Hanafiah Mat

KEMAMAN - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dua pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang dijangka akan bergabung dalam ceramah 'grand finale' pada 1 Disember ini.

Kehadiran ketiga-tiga tokoh itu adalah bagi membantu kempen calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Iklan
Iklan

Timbalan Yang Dipertua Pas Kemaman, Hanafiah Mat berkata, kehadiran Dr Mahathir yang juga penasihat tidak rasmi kepada empat negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) diharap dalam memberikan 'suntikan' akhir menjelang hari pengundian.

"Kita sedang merancang untuk menganjurkan acara ‘grand finale’ di Padang Astaka Kemaman," katanya ketika mengiringi Ahmad Samsuri dalam program 'walkabout' di sebuah kompleks beli-belah di sini.

Iklan

Ditanya mengenai kempen, beliau menjelaskan, Ahmad Samsuri sudah bertemu hampir 80 peratus jentera pilihan raya di seluruh Parlimen Kemaman.

Jelasnya, walaupun berlaku kekangan kerana cuaca yang tidak menentu, jentera parti itu sudah bergerak bertemu pengundi, dibantu jentera dari negeri lain.

Iklan

"Sebenarnya jentera sudah digerakkan dua minggu sebelum penamaan calon untuk bertemu pengundi dan kita menjangkakan kempen minggu kedua akan lebih menarik,” katanya.

PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu BN dan Pas.

BN mempertaruhkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor manakala Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili Pas.