Bersatu desak kerajaan semak semula penyelesaian dua negara di Palestin

Iklan
Muhyiddin (dua dari kiri) bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kiri), Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (dua kanan) dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berbual mesra sebaik tiba di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 pada Jumaat.

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak kerajaan untuk menyemak semula ‘two-state solutions’ atau penyelesaian dua negara bagi mempertahankan kedaulatan rakyat Palestin di Gaza.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana penyelesaian yang diluluskan pada tahun 1967 itu dilihat masih gagal diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Iklan
Iklan

"Two-state solution tidak menampakkan penyelesaian. Negara Israel yang ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah ideologi zionisme merupakan sebuah negara apartheid.

"Umat Islam dan negara Islam mesti bersatu untuk terus berjuang mempertahankan hak rakyat Palestin untuk kekal berada di bumi Gaza dan membina sebuah negara yang berdaulat,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu (PAT) Bersatu 2023 kali ke-6 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini pada Jumaat.

Iklan

Tambahnya, dasar Malaysia mengenai Palestin adalah jelas dan negara menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman dan genosid yang dilakukan oleh rejim Israel.

Ujar Muhyiddin, atas dasar jenayah yang dilakukan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu perlu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk dihukum berlandaskan undang-undang.

Iklan

Media melaporkan, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara dan darat Israel di Semenanjung Gaza sejak tercetusnya perang 7 Oktober lalu meningkat hampir 15,000 orang.