Everton bagus tapi masih belum terbaik, kata Ancelotti

Iklan
Ancelotti menegaskan Everton belum mempamerkan karakter sebenar ketika menewaskan Burnley. - Foto Premier League

PENGENDALI Everton, Carlo Ancelotti menyifatkan The Toffees belum berada pada tahap terbaik biarpun melakar kemenangan 1-0 ketika melayan kunjungan Burnley pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Goodison Park.

Menurut pengurus berusia 60 tahun itu, kemenangan ke atas The Clarets bukanlah persembahan terbaik daripada skuad kendaliannya itu.

Iklan
Iklan

"Ini bukan persembahan sebenar Everton biarpun para pemain berjaya mencipta impak positif sejak awal perlawanan.

"Saya dapat rasa aura luar biasa di sini (Goodison Park) dengan tradisi kelab dan kami kini sedang bergerak ke arah merealisasikan visi kelab.

Iklan

"Aura ini menyuntik semangat para pemain Everton hari ini untuk tampil aksi sehabis baik biarpun sejujurnya belum berada pada tahap yang saya mahukan," katanya.

Pada aksi itu, gol Dominic Calvert-Lewin pada minit ke-80 sudah cukup membolehkan tiga mata menjadi penyingkap tirai langkah kanan penampilan Ancelloti.

Iklan

Ancelotti menggantikan Marco Silva yang dipecat susulan prestasi hambar kelab dari Merseyside itu.

Everton kelab kedua Inggeris dilatih pengendali dari Itali itu selepas Chelsea pada musim 2009 hingga 2011.

Kemenangan The Toffees kembali meletakkan kelab itu pada kedudukan ke-13 liga dengan 22 mata selepas mengharungi 19 perlawanan.