Kontraktor wanita rugi lebih RM416,000 ditipu pelaburan tak wujud

Iklan
Seorang kontraktor wanita mengalami kerugian RM416,772 selepas dipercayai ditipu sindiket pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Facebook. - Gambar hiasan

KANGAR - Seorang kontraktor wanita mengalami kerugian RM416,772 selepas dipercayai ditipu sindiket pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Kangar menerima laporan daripada kontraktor berumur 48 tahun itu semalam.

Iklan
Iklan

"Mangsa melihat satu iklan di laman sosial Facebook dan telah menekan satu pautan yang diberikan melalui laman sosial tersebut. Mangsa kemudiannya dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp terdiri daripada ahli sindiket pelaburan tidak wujud.

Yusharifuddin berkata, mangsa telah membuat 80 kali transaksi wang dari tempoh 17 Mei hingga 16 Ogos 2023 melibatkan 32 akaun bank.

Iklan

Bagaimanapun, mangsa tidak pernah menerima sebarang pulangan daripada pelaburan yang ditawarkan itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Polis menasihati orang ramai agar jangan mudah percaya dengan sebarang tawaran pelaburan tanpa membuat semakan dan penelitian. Berhati-hati apabila melihat tawaran pelaburan yang menjamin pulangan tinggi," katanya. - Bernama