Lelaki maut motosikal terbabas

Iklan
Lokasi kemalangan berkenaan. - Foto Polis JBS

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang dinaikinya terbabas di persimpangan Danga City Mall, pada awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai dalam perjalanan menghala ke pusat bandar apabila terbabas ketika melalui persimpanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 12.50 malam, ketika mangsa menunggang motosikal seorang diri menghala ke pusat bandar.

"Hasil siasatan mendapati ketika melalui kawasan persimpangan tersebut, mangsa telah terbabas sendiri.

Iklan

Sebelum itu tular anak kepada mangsa meminta orang ramai yang ada merakam kejadian tersebut tampil bagi mengesahkan sama ada bapanya itu memang terbabas atau dilanggar oleh kenderaan lain.

Sementara itu Raub berkata, pihaknya mengesahkan kamera litar tertutup (CCTV) di situ tidak berfungsi bagi melihat rakaman kemalangan berkenaan dengan lebih teliti.

Iklan

Bagaimanapun katanya, bedah siasat terhadap mangsa telah pun selesai dijalankan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Kejadian tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41(a) Akta Pengangkutan Jalan. Punca sebenar kemalangan juga masih dalam siasatan dan jika ada saksi yang melihat kejadian ini sila tampil ke balai trafik Johor Bahru Selatan bagi membantu siasatan,” katanya.