Usia muda bukan penghalang Faiz ceburi bidang perniagaan

Iklan
Pempengaruh media sosial, Muhammad Faiz Basirun, 21, (dua dari kanan) menerima Anugerah Khas Presiden yang disampaikan oleh Muhyiddin ketika Perhimpunan Agung Tahunan Armada dan Srikandi Bersatu kali ke-6 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC)

SHAH ALAM - Keberanian seorang pempengaruh media sosial menceburi bidang perniagaan walaupun usianya dianggap masih setahun jagung membuahkan hasil apabila diangkat sebagai penerima Anugerah Khas Presiden oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Jumaat.

Muhammad Faiz Basirun, 21, yang kini meraih jualan mencecah jutaan ringgit hasil jualan produk minuman berkata, sikap berani mencuba itu perlu ada dalam diri seseorang jika mahu memperoleh kejayaan namun kebanyakan anak muda kini tidak yakin untuk berbuat demikian.

Iklan
Iklan

"Jangan takut, kebanyakan (orang muda) takut nak ceburi bidang perniagaan sebab dia rasa dia muda, jadi dia tak berani nak buat apa-apa.

"Tapi bagi saya, konsep saya lain. Selagi kita berpegang dengan benda yang betul, semuanya akan baik. Kita tak perlu menjadi dewasa untuk tunjuk kehebatan kita," katanya kepada pemberita ketika Perhimpunan Agung Tahunan Armada dan Srikandi Bersatu kali ke-6 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini.

Iklan
Muhyiddin bergambar dengan penerima Anugerah Khas Presiden ketika Perhimpunan Agung Tahunan Armada dan Srikandi Bersatu kali ke-6 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC)

Tambah Muhammad Faiz, produk minuman Tok Babah Faiz miliknya itu semakin dikenali ramai.

Menurutnya, tanpa sokongan daripada ahli keluarga dia tidak akan berjaya hingga ke tahap itu, begitu juga pengikutnya di aplikasi TikTok.

Iklan

"Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga kerana tanpa mereka Faiz tiada apa-apa. Kemudian, terima kasih juga kepada semua yang mengikuti dan menyokong Faiz di tiktok," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malasysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad turut menerima anugerah tersebut.

Jelas Ismail Mina, pengiktirafan yang diterima itu akan dijadikan sebagai inspirasi kepada badan bukan kerajaan (NGO) lain untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

(Tiga dari kiri) Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malasysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad menerima Anugerah Khas Presiden yang disampaikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Perhimpunan Agung Tahunan Armada dan Srikandi Bersatu kali ke-6 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC)

Namun katanya, visi dan kaedah jelas perlu istiqomah dengan ajaran Islam, al-Quran serta sunnah ketika menjalankan tugas kerana ia merupakan rahsia kejayaan sesuatu bangsa.

"Pegangan dan tujuan mesti kukuh, sekiranya ada sebarang ujian. Kita mampu hadapi. Ujian tetap akan ada, jadi terpulang kepada kita bagaimana nak selesaikan.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT atas pemberian anugerah ini dan terima kasih kepada mereka yang masih memberi kepercayaan kepada saya," jelasnya.