Tertekan pedal minyak, pemandu rempuh mati pelanggan kedai makan

Iklan
Keadaan di lokasi kejadian pada pagi Jumaat.

JEMPOL - Seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang bersarapan di sebuah kedai makan di Taman Meranti, Bahau pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian pada jam 8.50 pagi itu menyebabkan mangsa yang berusia 75 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku semasa pemandu kereta jenis Toyota Camry iaitu seorang lelaki berumur 78 tahun memandu seorang diri dari arah Taman Satelite menghala ke Taman Meranti.

"Keadaan itu menyebabkan kenderaannya terus bergerak ke hadapan sebelum melanggar dua orang awam yang sedang makan di kedai makan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Seorang mangsa mengalami kecederaan ringan selepas dirempuh sebuah kereta.

Ujarnya, seorang lagi mangsa iaitu wanita berusia 35 tahun, mengalami kecederaan ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Jempol," katanya.

Chang Hook berkata, pemandu kereta tersebut telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bagi tujuan siasatan.

Iklan

"Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Seorang mangsa cedera ringan susulan kejadian.