Gencatan senjata empat hari di Gaza melegakan - PM

Iklan
Anwar bersalaman bersama para jemaah semasa hadir menunaikan Solat Jumaat di Surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Dalam mezahirkan sedikit rasa lega dengan berita mengenai gencatan senjata selama empat hari di Gaza, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tetap menyuarakan rasa bimbang dengan tindak tanduk rejim ganas.

"Melegakan sedikit, tetapi berhadapan dengan rejim ganas, yang buat kenyataan bahawa mereka akan meneruskan kegiatan keganasan, itu sangat membimbangkan kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Furqan Presint 11 di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Ditanya adakah Malaysia akan menghantar wakil sukarelawan ke Gaza dalam tempoh gencatan senjata, Anwar berkata, perkara itu terserah kepada keputusan bersama negara Arab dan Islam.

"Kita terbuka nak hantar apa pun, kita setuju.

Iklan

"Cuma tertakluk kepada persetujuan kita dengan negara Arab dan negara Islam terutama negara jiran di sekitar Palestin," katanya.

Gencatan senjata selama empat hari telah diisytiharkan di kawasan berkonflik Israel-Palestin di Gaza bermula hari ini, dan akan disusuli dengan pertukaran tebusan dan tahanan.

Iklan

Ia bermula pada pukul 7 pagi waktu tempatan Gaza (1 tengah hari waktu Malaysia), melibatkan gencatan senjata menyeluruh di utara dan selatan Gaza. - Bernama