Puspakom, CITA tangani cabaran keselamatan jalan raya

Iklan
Persidangan Kumpulan Penasihat Serantau CITA (RAG) di Kuala Lumpur disertai oleh 11 negara.

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersama 30 ahli Jawatankuasa Pemeriksaan Kenderaan Bermotor Antarabangsa (CITA) menekankan usaha kolaboratif dalam menangani cabaran keselamatan jalan raya dan pelepasan asap karbon dalam skala global.

Usaha tersebut dilakukan menerusi Persidangan Kumpulan Penasihat Serantau CITA (RAG) di Kuala Lumpur itu disertai oleh 11 negara.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, tindakan kolektif perlu dilakukan bagi memastikan kenderaan selamat dan layak berada di atas jalan raya serta melindungi pengguna.

Mahmood Razak Bahman

"Pada 2022 statistik menunjukkan bahawa 20.3 peratus daripada 1.4 juta kenderaan yang diperiksa tidak melepasi pemeriksaan berkala di Puspakom atas pelbagai sebab.

Iklan

"Kira-kira 296,000 kenderaan dapat dihindarkan dari berada di atas jalan raya untuk memastikan keselamatan awam.

"Ini terbukti dengan kejayaan pemeriksaan kenderaan mampu mencegah potensi kemalangan yang mungkin membawa kepada kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Sementara itu, Presiden CITA, Gerhard Müller berkata, sektor automotif yang berkembang pesat di rantau Asia atau Australia memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pengangkutan.

Gerhard Müller

Ujarnya, dengan penganjuran persidangan tersebut adalah tepat kerana menghimpunkan pakar terkemuka dalam pematuhan dan pemeriksaan kenderaan untuk saling berkongsi pengetahuan serta pengalaman berdepan cabaran utama aspek keselamatan jalan raya.

"Semua pihak perlu menekankan keperluan kesaksamaan tanpa memihak kepada mana-mana pihak dalam penilaian pematuhan kenderaan.

"Persidangan ini penting bagi mengadaptasi teknologi kenderaan lebih pesat seperti pemanduan autonomi dan menyelaraskan piawaian untuk kenderaan baharu sedia ada bagi memastikan keselamatan serta memulihara alam sekitar,” katanya.