HULU LANGAT - Sebuah kereta rosak akibat dihempap runtuhan dinding bangunan rumah kedai lama dalam kejadian berhampiran di Pekan Semenyih, dekat sini pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.58 petang.