Hormati keadaan di Gaza, Konsert Milenia tangguh lagi

Iklan
Konsert Milenia ditunda buat kali kedua.

DEMI menghormati penderitaan dan keperitan rakyat di Gaza, Palestin, penganjur Konsert Milenia 2023 mengambil keputusan untuk menunda acara tersebut sekali lagi.

Konsert Milenia yang dijadualkan berlangsung pada 25 November ini di Stadium Malawati Shah Alam akan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh lain yang akan diumumkan kelak.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob berkata, pihak mereka menerima arahan daripada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam yang memohon agar acara tersebut ditangguhkan terlebih dahulu kerana berpendapat ia tidak sesuai dijalankan sekarang.

"Kami selaku penganjur perlu menghormati keputusan tersebut dan bersetuju ia tidak sesuai berlangsung ketika ini, disaat dunia sedang bersimpati dengan perang dan kekejaman Zionis terhadap saudara kita di Palestin.

Iklan

"Pihak kami juga memulangkan wang kepada semua yang telah membeli tiket dari ticket2u.com dengan kadar segera.

"Kami juga tidak mahu dilemparkan tuduhan negatif seperti ‘scammer’ dan sebagainya berikutan konsert ini juga telah tertunda sebanyak tiga kali di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,” katanya selaku penganjur.

Iklan

Tambah Jeffri lagi, satu tarikh baru akan diumumkan kelak sekiranya berjaya mendapatkan kebenaran daripada pihak berkenaan.

"Kepada semua peminat yang menantikan Konsert Milenia 2023, kami akan mengumumkan tarikh baru jika mendapat kebenaran daripada pihak sepatutnya,” ujar Jeffri.

Dalam pada itu penganjur turut meluahkan rasa kesal dan berasa seoalah-olah dianak tirikan apabila konsert lain seperti Bollywood, Korea, Hollywood dan Kollywood tidak pula menjadi pertikaian sesetengah pihak seperti yang berlaku kepada konsert Dangdut.

"Bukan mempersoalkan, jauh sekali tidak berpuas hati... kerana konsert ini pasti akan terlaksana jua, namun perlu mendapat kesesuaian masa kerana faktor luar jangka yang sememangnya di luar batas kemampuan kami selaku penganjur.

"Namun kehadiran pelbagai jenis muzik yang memasuki Malaysia tetap diluluskan konsert mereka seperti kehadiran artis dari Barat, Bollywood, Korea dan Tamil, jadi tidak adil jika muzik dangdut ini dipinggirkan dan dianak tirikan sehingga sukar untuk dianjurkan," tuturnya.

Tambahnya, Muzik Milenia Food Festival Ambang Tahun Baru akan tetap diteruskan. Bagaimanapun perkara tersebut masih dalam perancangan.