Perang Gaza: Wartawan BBC akui laporan berat sebelah

Iklan
Kumpulan protes berhimpun di luar ibu pejabat BBC sebagai membantah laporan pro-Israel yang didakwa menyokong kekejaman di Genting Gaza. - Foto: Agensi

LONDON - Wartawan BBC sekali lagi mendakwa saluran tersebut berat sebelah tentang liputan konflik Hamas-rejim Zionis.

Pendedahan tersebut dibuat menerusi surat ditandatangani oleh lapan wartawan berpusat di Britain.

Iklan
Iklan

Kandungan surat yang didedahkan Al Jazeera turut menyenaraikan kegagalan BBC untuk menunjukkan situasi sebenar penderitaan penduduk Palestin.

"Ia kurang memberi tumpuan ke atas orang awam Palestin kerana sikap standard berganda,” jelas surat itu lagi.

Iklan

Mereka turut menyatakan istilah seperti ‘pembunuhan beramai-ramai’ dan ‘kekejaman’ hanya digunakan untuk Hamas sebagai cubaan menunjukkan kumpulan pejuang tersebut sebagai satu-satunya pelaku bertanggungjawab mencetuskan konflik di rantau berkenaan.

Ia jelas tidak tepat, namun laporan itu sejajar dengan liputan menyeluruh BBC.

Iklan

Salah seorang penandatangan itu juga percaya sebahagian staf dan wartawan kanan kurang rasa empati dengan nasib penduduk Palestin seperti yang biasa mereka zahirkan terhadap orang awam Ukraine yang berdepan kempen pencerobohan Rusia. - Agensi