Hampir 700 mangsa banjir di PPS di Kelantan, Terengganu malam ini

Iklan
Penduduk meredah banjir untuk pulang ke rumah bagi melihat keadaan rumahnya selepas kawasan berkenaan dinaiki air ketika tinjauan di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu pada Rabu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 699 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri Pantai Timur setakat 8 malam ini.

Di TERENGGANU, 638 orang masih berlindung di 11 PPS di empat daerah di negeri itu.

Iklan
Iklan

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu memaklumkan 405 mangsa ditempatkan di tiga PPS di Kuala Terengganu, manakala 82 orang berlindung di empat PPS di Kuala Nerus.

Selain itu, 124 mangsa berada di tiga PPS di Marang dan 27 orang di satu PPS di Besut.

Iklan

Sungai di Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus pula mencatatkan bacaan 3.57 meter melebihi paras waspada 3.2 meter dengan trend menurun.

Di KELANTAN, berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 61 mangsa masih berlindung di dua PPS melibatkan 30 orang di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja di jajahan Pasir Puteh dan 31 di PPS SK Tok Deh, jajahan Pasir Mas. - Bernama

Iklan