Ahli Parlimen perlu sokong RUU berkaitan produk rokok - Lam Thye

Iklan
KKM memberi jaminan RUU berkenaan akan dibentangkan sebelum selesai persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung hingga 30 November ini. Gambar hiasan. (Gambar kecil: Lee Lam Thye)

SHAH ALAM - Semua ahli Parlimen perlu memberi sokongan terhadap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Rakyat tanpa mempolitikkan isu berkenaan.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, RUU itu melibatkan masalah kesihatan awam terutamanya golongan muda dan diperjuangkan ramai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Iklan
Iklan

"Hakikatnya, ia sama sahaja bahaya macam rokok biasa kerana terdapat kandungan nikotin yang mengundang ketagihan, malah hadir juga dengan bauan wangi seperti strawberi, kopi, vanilla dan sebagainya,” katanya.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan RUU berkenaan akan dibentangkan sebelum selesai persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung hingga 30 November ini.

Iklan

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia bagi menangani isu kelompongan terhadap gel nikotin yang telah dikecualikan daripada senarai racun di bawah Akta Racun 1952, pada April lepas.

Dalam pada itu, Lam Thye berkata, kerajaan perlu menitikberatkan kawalan mengenai penjualan dan pembelian rokok dalam kalangan pelajar serta remaja bawah umur.

Iklan

"Jadi, saya harap pihak kerajaan dapat mengutamakan kawalan untuk mengelakkan perkara ini menjadi lebih serius, malah ibu bapa juga memainkan peranan penting dengan beri nasihat atau kaunseling kepada anak mereka.

"KKM juga perlu menilai semua cadangan dikemuka pihak NGO berhubung RUU ini agar dapat mengisi kelompongan ini,” ujarnya.