Jangkaan isu panas di Kongres PKR
Iklan
SHAH ALAM - Usul perbincangan isu kenaikan harga barang, kelemahan komunikasi strategik di peringkat Kerajaan Perpaduan dan kebajikan ahli parti bakal menjadi tumpuan utama perbahasan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023, hari ini.
Setiausaha Koordinasi Penerangan PKR, Iswardy Morni berkata, tiga usul itu antara topik penting yang bakal dibangkitkan 2,374 perwakilan parti yang hadir ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya selama dua hari.