Benarkah orang Melayu malas?
Iklan
BARU-baru ini seorang usahawan wanita berketurunan Kemboja yang beragama Islam telah mencetuskan kontroversi dengan menggelar orang Melayu sebagai pemalas. Ia mengundang kemarahan netizen dalam kalangan orang Melayu yang menggesa agar perniagaan wanita itu diboikot.
Adakah orang Melayu benar-benar malas? Pertama, secara umumnya menyifatkan Melayu sebagai pemalas mengandungi unsur diskriminasi. Definisi diskriminasi adalah menyangkal seluruh kaum secara stereotaip.