Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut

Iklan
Sirul ketika wawancara eksklusif bersama Al Jazeera English 101 East yang disiarkan pada Jumaat.

SHAH ALAM - Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 merayu untuk meneruskan hidup di Australia kerana merasa tidak selamat untuk kembali ke Malaysia.

Menerusi satu wawancara eksklusif bersama Al Jazeera English 101 East yang disiarkan pada Jumaat, dia turut memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya, malah mendakwa tidak bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu meskipun telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan.

Altantuya Shaariibuu

Iklan
Iklan

Dakwanya, dia dijadikan ‘kambing hitam’ dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia daripada seseorang bagi menutup mulut.

"Apa sahaja berlaku, saya mahu membina kehidupan bersama anak saya. Saya bukan orang jahat, saya cintakan Australia jauh dari lubuk hati.

Iklan

"Rasa sangat tidak selamat untuk saya kembali ke sana (Malaysia), berilah peluang kedua dan satu lagi, saya mahu memohon maaf kepada keluarga Altantuya, tolong maafkan saya. Itu sahaja,” katanya kepada saluran agensi antarabangsa tersebut sejak dibebaskan dua minggu lalu dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.

Sementara itu, Sirul memberitahu, pegawai polis Malaysia telah bertemu dengannya sehari selepas dia dibebaskan dan memaklumkan Menteri Hal Ehwal Luar Australia ada menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia untuk bertanya khabar terkini.

Iklan

"Mereka memberitahu beliau saya selamat, tapi saya kecewa apabila lihat berita semuanya jahat tentang saya.

"Jadi, masyarakat di sini sangat takut dengan saya kerana fikir saya berbahaya,” ujarnya.