Siapa idaman pengundi Kemaman?
Iklan
DI sebalik ketibaan Monsun Timur Laut yang lazimnya mencetus kerisauan bencana banjir, ia nampaknya tidak menghalang kehangatan berkempen dua parti politik yang bertanding di Kemaman.
Umum mengetahui warganya akan mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, kali kedua tahun ini selepas pilihan raya negeri (PRN) pada Ogos lalu.