ABF intai slot separuh akhir Piala Pra U

Iklan
Khairun Haled bersama pengurusan dan pemain ABF menggalas cabaran kejuaraan Piala Pra U 2023 yang menyingkap tirai di Stadium Akademi Mokhtar Dahari, Gambang, Kuantan.

AKADEMI Bolasepak Felda (ABF) meletakkan sasaran separuh akhir bagi saingan Piala Pra U 2023 yang menyingkap tirai di Stadium Akademi Mokhtar Dahari, Gambang, Kuantan pada Sabtu.

Malah, pengendali ABF, Khairun Haled Masrom percaya barisan pemain mudanya mampu menghasilkan keputusan lebih baik berbanding edisi sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Saya juga tidak dinafikan bahawa pasukan AMD dan MSNT merupakan pasukan yang bagus, kerana sebelum ini kami telah bertemu kedua-dua pasukan tersebut dan meraih keputusan positif.

"Biarpun begitu, untuk kejohanan kali ini suasana serta persekitaran juga sudah tentu agak berbeza. Malah, setiap pasukan mempunyai matlamat sendiri.

Iklan

"Saya percaya dengan keupayaan pemain kerana memahami falsafah yang diterapkan," kata kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

ABF diundi dalam Kumpulan A bersama Akademi Mokhtar Dahari, Akademi Majlis Sukan Negeri Terengganu-TFC (MSNT-SIF-TFC) dan Akademi Penang Panthers (APP).

Iklan

Kumpulan B pula menyaksikan naib juara tahun lalu, Malaysian University Football Team (MUFT), Sime Darby Football Club (SDFC), Johor Darul Ta'zim (JDT B17) dan Mutiara Soccer Allstar (MSA).

Anak buah bekas pemain pertahanan yang pernah menyarung jersi Harimau Muda dan Harimau Malaya itu akan membuka gelanggang berdepan Akademi Penang Panthers dalam aksi Kumpulan A Piala Pra U di Stadium Akademi Mokhtar Dahari, Gambang, Kuantan.

Mengenai kelab dari Pulau Pinang itu, pengendali berusia 46 tahun tersebut berkata,"Walaupun tidak pernah bertemu Penang Panthers tetapi kami akan berikan tentangan yang terbaik berdasarkan persediaan rapi pasukan.

"Saya percaya dengan persiapan rapi dari awal tahun dengan beberapa perlawanan persahabatan serta mengharungi Liga KPM, pemain-pemain banyak menunjukkan peningkatan serta persefahaman.

"Saya berharap pemain berada dalam keadaan terbaik dan tidak mengalami sebarang kecederaan ketika hari perlawanan."

Edisi 2022, ABF mengakhiri cabaran di kedudukan keempat selepas tewas kepada Akademi Bolasepak Terengganu (ABT).

Lapan pasukan menyertai Kejuaraan Piala Pra U akan bermula pada 25 sehingga 30 November dan pasukan juara akan membawa pulang piala pusingan dan hadiah wang tunai RM10,000.