Ketua Pegawai Kewangan Domino's Pizza meninggal dunia

Iklan
David Bauernfeind ditemui lemas selepas melakukan aktiviti snorkeling di Mauritius kelmarin.

ENGLAND - Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan Domino's Pizza di United Kingdom, David Bauernfeind meninggal dunia ketika bercuti bersama keluarganya di Mauritius kelmarin.

Syarikat makanan segera itu mengumumkan, Bauernfeind, 51, meninggal dunia semasa melakukan aktiviti snorkeling dan mayatnya ditemui terapung di lautan Belle-Mare pada pagi Khamis oleh seorang kapten kapal.

Iklan
Iklan

"Mayat itu sudah dikenal pasti oleh isterinya dan ahli keluarga terdekat mereka di Britain sudah dimaklumkan mengenai insiden itu.

"Bauernfeind disahkan meninggal dunia oleh paramedik akibat lemas dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Victoria di Candos untuk bedah siasat," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Eksekutif Domino's Pizza, David Wild dalam kenyataannya mengakui sangat terkejut dengan berita sedih dan tragis itu

"Bagi pihak Lembaga Pengarah, rakan sekerja dan francaisi, kami mengucapkan simpati kepada ahli keluarga mereka dan kami sangat merasai kehilangannya," katanya.

Iklan

Bauernfeind menyertai syarikat itu sebagai ketua pegawai kewangan bagi Kumpulan Domino's Pizza, perniagaan francais antarabangsa untuk Domino's Ann Arbor pada Oktober 2018 selepas memangku jawatan tersebut.