'JIKA dia lahir di Eropah, sudah tentu dia akan meletup' itu kata-kata mendiang B Sathianathan, mengenai bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali menerusi dokumentari 'SEPULUH' yang baru sahaja ditayangkan terbitan Astro Arena.
Sathianathan yang bertindak sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan pada 2007, membawa pasukan menjuarai Pesta Bola Merdeka pada ketika itu, berkongsi kisah mengenai bekas penyerang negara yang pada satu ketika cukup berbisa dan digeruni pertahanan lawan.