PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu memaklumkan tahap kesihatan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini bertambah baik dan akan kembali memulakan tugas dalam masa terdekat.
Berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023 di sini, Anwar berkata, beliau sempat menziarahi Ahmad Zahid di kediamannya sebelum hadir merasmikan karnival berkenaan.