40 pegawai penjara diserang pesalah juvana

Iklan
Seramai 14 pegawai penjara cedera dalam insiden keganasan di Institusi Pesalah Juvana Feltham Young di West London semalam. - Foto Agensi

LONDON - Sekurang-kurangnya 40 pegawai penjara terpaksa dibawa ke hospital selepas keganasan meletus di Institusi Pesalah Juvana Feltham Young di West London semalam.

Jurucakap kementerian kehakiman berkata, kejadian itu bagaimanapun berjaya ditangani dalam tempoh 25 minit.

Iklan
Iklan

"Dua belas pegawai yang cedera telah dibenarkan pulang manakala dua lagi masih dirawat oleh doktor malam tadi.

"Institusi ini menempatkan remaja berumur antara 15 dan 18 tahun yang telah disabitkan atau ditahan reman atas kesalahan masing-masing," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, jurucakap terbabit berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan keganasan terhadap kakitangan penjara dan akan menghukum mereka yang terlibat.

Pada Oktober lalu, ketua pemeriksa penjara, Peter Clarke berkata, keselamatan di Feltham telah menjunam ke tahap yang mengerikan sejak enam bulan lalu dengan peningkatan keganasan selain tahanan yang bertindak membahayakan diri mereka sendiri. - Agensi.

Iklan