Ahmad Zahid tidak sabar kembali bertugas, berikan terbaik

Iklan
Ahmad Zahid yang kini dalam tempoh berehat selepas menjalani pembedahan baru-baru ini. - Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak sabar untuk kembali bertugas dan memberikan yang terbaik dalam menjalankan amanah dipertanggungjawabkan.

Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, Ahmad Zahid yang kini dalam tempoh berehat selepas menjalani pembedahan baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menziarahi beliau sebelum menghadiri Karnival Usahawan Desa di Putrajaya pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Moga jalinan ukhwah ini terus berkekalan dan mendatangkan kebaikan bersama demi rakyat dan negara," katanya.

Ahad lepas anak Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan. - Bernama

Iklan
Iklan