MANILA - Enam sekeluarga maut, manakala dua lagi cedera dalam insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di wilayah Quezon, tenggara Manila pada Sabtu, lapor Xinhua.
Menurut laporan polis, mangsa yang terbunuh merupakan seorang nenek berusia 69 tahun bersama lima cucunya, manakala mangsa yang cedera terdiri wanita berusia 48 dan 37 tahun.