Negeri Sembilan temui semula rentak kemenangan di Paroi

Iklan
Pemain Negeri Sembilan FC, Anselmo Arruda Da Silva diasak dua pemain PDRM FC pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam ini. - Foto Bernama

NEGERI Sembilan FC kembali mendapat rentak tiga mata saingan Liga Super selepas menjinakkan PDRM FC, 2-0 dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu.

Anak buah K Devan yang kali terakhir menang aksi liga di laman sendiri ketika menewaskan Kuala Lumpur City, 2-1 pada 14 Mei lalu bermula garang.

Iklan
Iklan

Namun The Cops kendalian Datuk Yunus Alif juga dalam misi memperbaiki kedudukan liga turut menghadirkan beberapa ancaman terhadap kubu skuad Rusa.

Bagaimanapun ketumpulan penyudah menyaksikan kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan separuh masa pertama dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Iklan
Pemain Negeri Sembilan FC, Mohamad Zamri Pin Ramli diasak PDRM FC, Dzulfahmi Abdul Hadi pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam ini. - Foto Bernama

Separuh masa kedua, Devan meningkatkan serangan pasukan tuan rumah yang akhirnya hantaran Shahrel Fikri R Barahtkumar pada minit ke-49.

Gol itu ternyata menyuntik semangat pemain Hoben Jang Hoben apabila A Selvan mengatasi Ramdhan Hamid dengan gol minit ke-78 bagi memastikan tiga mata milik Negeri Sembilan.

Iklan

Kemenangan kelima liga selepas mengharungi 24 perlawanan meletakkan Negeri Sembilan di tangga kesembilan dengan 24 mata manakala PDRM kekal di kedudukan ketujuh (34 mata).

Negeri Sembilan akan bertandang ke Kota Bharu berdepan Kelantan United pada 1 Disember ini sebelum melayan Kuching City di Paroi, 17 Disember.