Politik dan tinjauan pendapat
Iklan
TINJAUAN pendapat politik atau political opinion polls nampaknya sudah diterima di negara ini sebagai salah satu cara menilai pandangan rakyat terhadap sesuatu isu atau mengukur populariti pemimpin dan parti politik diterajuinya.
Ketika mula-mula diperkenalkan, tinjauan pendapat hanya digunakan semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil bagi meramalkan sikap pengundi terhadap calon dan parti politik bertanding.