Kalau tak puas hati guna saluran betul, kata Hasni

Iklan
Hasni (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama TUFR 2.0 di Pejabat UMNO Bahagian Johor Bahru di sini hari ini.

JOHOR BAHRU - Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad menasihatkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bertenang bagi mengelakkan menjadi pencetus kepada perpecahan serta kekeliruan dalaman parti berkenaan.

Hasni berkata, aktivis tersebut dilihat berterusan menghentam Ahli Parlimen dari Johor, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara terbuka.

Iklan
Iklan

"Sekiranya ada pihak tidak berpuas hati dengan pimpinan negeri, bahagian ataupun individu, saya rasa kita ada saluran sendiri yang boleh digunakan dan lebih diterima.

"Sebagai contoh saudara Lokman yang tidak berpuas hati dengan Hishammudin, saya rasa tindakan beliau itu keterlaluan dan ia bukan cara UMNO. Kita memahami hasrat beliau untuk menyuarakan pandangan dan tidak puas hati, cukuplah begitu.

Iklan

"Beliau tidak perlu bertindak sebagai pembangkang dalam barisan kita, yang harus kita bangkang adalah PH. Jadi seharusnya ia tidak berlaku kerana hanya akan menimbulkan kekeliruan terutama di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Perasmian Program Tok Uban Fun Run (TUFR) 2.0 di Pejabat UMNO Bahagian Johor Bahru di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad.

Iklan

Ditanya lebih lanjut mengenai dakwaan Ahli Majlis Tertinggi itu terhadap Hishammuddin, Hasni bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan sepenuhnya kepada lembaga disiplin parti.

"Masalah Lokman ini sebenarnya adalah dia tidak gunakan cara UMNO, sama ada suka atau tidak kita memang ada cara sendiri tangani perkara seperti ini.

"(Adakah terdapat campur tangan) sekarang ini hanya apa yang beliau (Lokman) dakwa, seolah-olah ada campur tangan termasuk dari Presiden sendiri yang cuba kacau siasatan lembaga disiplin, perkara itu masih belum jelas,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Majlis Tertinggi berkenaan menuntut Lembaga Disiplin UMNO untuk menyiasat Hishammuddin yang didakwa telah mengetuai pertemuan sekumpulan Ahli Parlimen BN dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Putrajaya bulan lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini prosiding lembaga disiplin parti berkenaan kes Hishammuddin itu telah ditangguhkan buat kali ketiga sekali gus membuatkan Ahli Majlis Tertinggi berkenaan menjadi lebih berang.

Beliau kemudiannya mendakwa prosiding itu telah menerima campur tangan daripada dalaman parti termasuk Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.