Laksana PLKN ala Kelantan diperhalusi

Iklan
Kerajaan negeri masih di peringkat penelitian untuk menubuhkan Program Latihan Negeri (PLKN) ala Kelantan. - Foto hiasan. Gambar kecil: Mohamed Fadzli
KOTA BHARU - Kerajaan negeri masih di peringkat penelitian untuk menubuhkan Program Latihan Negeri (PLKN) ala Kelantan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya mengambil langkah yang serius berkaitan cadangan yang diberikan semasa Kongres Arah Tuju Kelantan Maju di Putrajaya pada 3 Jun lalu.

"Kita akan bawa cadangan tersebut dan meneliti kesesuaiannya agar ia boleh dilaksanakan dalam konteks negeri Kelantan," katanya menjawab soalan daripada Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (Pas-Kuala Balah).

Cadangan berkenaan dibangkitkan pada Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Ahad.

Iklan
Iklan