Tahun Melawat Kedah pada 2025

Iklan
Sanusi (duduk, tengah) bergambar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah pada Sidang DUN Kedah di Wisma Darul Aman, di Alor Setar, pada Ahad.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri bakal memperkenalkan Tahun Melawat Kedah 2025 sebagai usaha menyemarak industri pelancongan di Kedah dan sebagai persediaan ke arah penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi tujuan program dan promosi pelancongan untuk persediaan menyambut pelancong sempena Tahun Melawat Kedah 2025.

Iklan
Iklan

"Selain itu, peruntukan RM1 juta turut disediakan untuk projek pembangunan, kerja baik pulih dan naik taraf kemudahan pelancongan.

Beliau menambah, Majlis pelancaran Logo, Slogan dan Video Promosi Tahun Melawat Kedah 2025 akan diadakan pada awal tahun 2024 untuk meningkatkan promosi menerusi jalinan strategik bersama media arus perdana dan juga media sosial bagi mendapatkan pasaran domestik dan antarabangsa.

Iklan

Sehubungan itu, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri juga amat mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan lagi daya tarikan pelancong ke Kedah di mata dunia.

"Aktiviti pengiklanan akan diperluaskan dengan pembangunan laman web dan aplikasi Visit Kedah 2025 bagi memastikan Kedah dikenali sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan warisan, khazanah alam seperti pantai, gunung, desa dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Iklan

"Konsep Geotourism melalui Program Jejak Geopark melibatkan Geopark Global UNESCO Langkawi dan Jerai Geopark juga akan dipromosikan.

"Ia bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri untuk mengetengahkan kekayaan khazanah geologi, biodiversiti dan arkeologi yang menjadi keunikan alam semula jadi dan budaya yang ada di negeri ini," katanya.