KPS umum dua pelantikan baharu

Iklan
Ahmad Fariz
KUMPULAN Perangsang Selangor Bhd (KPS) mengumumkan pelantikan Ahmad Fariz Hassan sebagai Pengarah Urusan (MD), tambahan kepada jawatan semasa beliau selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, berkuatkuasa 1 Januari baru-baru ini.

Ahmad Fariz mempunyai pengalaman kerja 20 tahun membabitkan sektor perbankan, pelaburan, pengguna dan pembangunan hartanah.

Beliau sebelum ini berkhidmat di Ekuiti Nasional Bhd dan Khazanah Nasional Bhd.

Dalam pada itu, KPS turut mengumumkan pelantikan Koay Li Onn sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, juga berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Li Onn ketika ini adalah Pengarah Urusan Bangsawan Group yang menyediakan nasihat korporat, kewangan dan strategik di seluruh Singapura dan Malaysia.

Pengerusi KPS, Raja Shahreen Raja Othman dalam kenyataannya berkata, Ahmad Fariz menjadi teraju utama dalam menyusun konsep dan merealisasikan Pelan Transformasi Perniagaan Kumpulan, di mana pelbagai pengambilalihan perniagaan baharu dan pegangan majoriti di syarikat-syarikat dengan pertumbuhan berpusat telah meletakkan kumpulan itu di landasan pengembangan yang mampan.

"Dengan tanggungjawab sepenuhnya terhadap kepimpinan dan pembangunan perniagaan KPS, beliau kini akan bertugas untuk memainkan peranan lebih banyak dalam memenuhi rancangan perniagaan Kumpulan yang bercita-cita tinggi menuju masa hadapan," katanya.