Remaja mengaku bunuh kakak sarat mengandung

Iklan
Eduardo didakwa kerana membunuh kakaknya. Foto: Agensi.

TEXAS - Seorang remaja mengaku membunuh kakaknya, Viridiana Arevalo yang sedang sarat mengandung sebelum membuang dan meninggalkan mayatnya di dalam kereta di kawasan luar bandar Texas.

Menurutnya jurucakap polis, Eduardo Arevalo, 19, mengakui perbuatannya kepada detektif dan mendakwa konflik keluarga menjadi punca dia membunuh kakaknya berusia 23 tahun itu.

Iklan
Iklan

"Dia menyifatkan kakaknya telah memalukan keluarganya dan berkata 'lebih baik dia tidak berada di sini'," kata polis.

Sebelum mendedahkan tindakannya, Eduardo menulis nota bunuh diri palsu daripada kakaknya bagi meyakinkan keluarganya, bagaimanapun setelah ibu bapanya mula bertanya tentang kakaknya itu, Arevelo memutuskan untuk mengambil semula mayat kakaknya sebelum meninggalkannya di lorong di kampungnya.

Iklan

Polis Colony, Sarjan Aaron Woodard pada sidang media Isnin lalu berkata, tindakan mengambil semula mayat kakaknya itu kerana Eduardo mahu keluarganya tahu di mana Viri berada sebelum meninggalkan mayatnya di lorong tersebut pada awal pagi Ahad.

"Tidak lama selepas itu, polis menerima panggilan mengenai wanita yang tidak sedarkan diri ditemui di sebuah lorong pada pagi Isnin dan pihak polis mengenal pasti wanita muda itu sebagai kakak Eduardo, Viridiana Arevalo.

Iklan

Viridiana yang mengandung lapan bulan dilaporkan hilang oleh teman lelakinya pada 17 Disember lalu dan melalui bantuan rakaman keselamatan, pihak polis mengenal pasti Eduardo sebagai suspek. - Agensi.