UPNM rampas kejuaraan bolasepak 7 sebelah IPT

Iklan
Barisan pemain yang menyertai Karnival Bolasepak 7 sebelah IPT di Gambang, Pahang pada Ahad.

UNIVERSITI Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merampas kejuaraan Karnival Bolasepak 7 sebelah antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berakhir di Akademi Bolasepak Kebangsaan Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang pada Ahad.

Dua jaringan Nurul Ariana Nabila Mohd Ramdhan pada perlawanan akhir membolehkan UPNM menumpaskan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2-0 untuk merangkul kejuaraan sulung untuk UPNM kali ini.

Iklan
Iklan

Dibarisi sekurang-kurangnya lima pemain kebangsaan termasuk kapten pasukan Nur Adrienna Zamzaihiri, UPNM ternyata sukar digugat dan berjaya menebus kehampaan edisi lalu apabila tersekat di saingan peringkat separuh akhir.

Terutama selepas menyingkirkan juara bertahan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di peringkat separuh akhir melalui keputusan penalti 5-4.

Iklan

UiTM pula menewaskan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) untuk memenangi tempat ketiga.

UPNM selaku juara menerima hadiah wang tunai RM4,000, diikuti UPSI RM3,000 dan RM2,000 untuk UiTM.

Iklan

Nur Dhia Addin Mohd Azhari dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang dinobatkan selaku penjaring terbanyak dengan 12 gol.

Pemain terbaik kejohanan pula menjadi milik Nurul Arliana Nabila Mohd Ramdhan dari UPNM.

Hadiah kepada setiap pemenang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, KPT, Datuk Dr. Pekan Ramli.