Suami maut ditumbuk isteri

Iklan
Nikhil Khanna (kiri) dan Renuka. - Foto Agensi

MAHARASHTA - Seorang lelaki berusia 36 tahun maut selepas ditumbuk isterinya dihidung selepas dia enggan memenuhi permintaan membawa dia ke Dubai untuk menyambut sambutan hari lahirnya, lapor Hindustan Times.

Insiden berlaku di sebuah apartment pasangan itu yang terletak di kawasan perumahan mewah di Wanavdi, Pune pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Mangsa dikenali sebagai Nikhil Khanna, seorang ahli perniagaan dalam industri pembinaan telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Renuka, 38, sejak enam tahun lalu.

Menurut pegawai kanan polis, pasangan itu bergaduh selepas Khanna enggan membawa Renuka ke Dubai untuk menyambut hari lahirnya dan tidak memberikan hadiah mahal pada hari tersebut.

Iklan

Tambahnya, Renuka didapati turut kecewa apabila suaminya tidak memberikan tindak balas positif untuk pergi ke New Delhi bagi meraikan hari lahir bersama saudara-mara mereka.

"Semasa pergaduhan itu, Renuka menumbuk muka Khanna. Kesan tumbukan kuat itu menyebabkan hidung dan gigi Khanna telah patah dan pendarahan banyak serta suaminya tidak sedarkan selepas itu," katanya.

Iklan

Sementara itu, polis telah mendaftarkan kes terhadap Renuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menahannya untuk siasatan lanjut. - Agensi