Ahli PKR terhiris hati dengan pimpinan tertinggi - Saifuddin

Iklan
Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui ada ahli akar umbi yang terhiris hati dengan tindakan pimpinan tertinggi kerana jarang turun padang menemui rakyat.

Menurutnya, pimpinan mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan akan segera mengubahnya.

Iklan
Iklan

"Lepas ini kita ubah kerana ternyata ia telah menghiris hati ahli di bawah," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Ahad.

Saifuddin Nasution dalam masa sama turut menyelar tindakan segelintir pihak yang mendakwa penyokong PKR tidak akan masuk syurga.

Iklan

Katanya, kenyataan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja boleh merosakkan hubungan sesama rakyat, malah boleh mewujudkan persepsi negatif.

Sementara itu, beliau turut menggesa ahli parti supaya melawan sebarang fitnah yang dilemparkan pihak lawan dengan berhujah.

Iklan

"Kita kena lawan setiap kata-kata tidak betul mereka (lawan) dengan cara hujah yang betul," katanya.