Tingkat pertumbuhan ekonomi sempadan Thailand-Malaysia

Iklan
Anwar menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di PICC, Putrajaya.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasminya ke sempadan Sadao-Bukit Kayu Hitam pada Isnin untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menjamin keselamatan di kawasan sempadan Thailand-Malaysia.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, dalam kujungan itu beliau akan bertemu Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin.

Iklan
Iklan

"Pendekatan kita untuk pastikan perjalanan dua hala cekap dan meningkatkan pelancongan dua hala.

"Ia sama ada rakyat Malaysia ke Siam atau rakyat Siam ke Malaysia seperti ke Langkawi, Pulau Pinang atau kawasan-kawasan lain," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada petang Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau dan Perdana Menteri Thailand juga bertekad untuk memastikan pembangunan di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand terutama di empat wilayah.

"Ini akan menjamin bukan sahaja pertumbuhan ekonomi tetapi keamanan dan kedamaian yang adil di selatan Siam.

Iklan

"Jadi esok saya nak teruskan perbincangan dengan beliau (Srettha) dan ini penting bagi faedah negeri Siam dan Malaysia," ujarnya.