Piala Pra U: Misi wajib menang JDT

Iklan
JDT B-15 yang mengambil bahagian saingan Piala Pra U di Gambang, Kuantan. - Foto Sukan IPT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) Bawah 15 (B-15) tekad meraih keputusan positif apabila melayan Mutiara Soccer Allstars (MSA) dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala Pra U di padang Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari di Gambang, Kuantan, Pahang pada Isnin.

Pengendali JDT B-15, Muhamad Adibf Md Shariff berkata, pasukan dari selatan tanah air itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang ke atas MSA.

Iklan
Iklan

"Kami wajib memenangi perlawanan esok untuk layak ke pusingan seterusnya.

"Perlawanan esok ibarat final buat kami, jadi kami akan berjuang habis-habisan," katanya.

Iklan

JDT B-15, sebelum itu yang beraksi sembilan pemain menyingkap kempen edisi 2023 dengan keputusan seri 1-1 berdepan Akademi Bolasepak Sime Darby pada Sabtu.

Bagaimanapun JDT B-15 kemudian terpaksa akur kehebatan Malaysia University Football Team (MUFT) apabila tewas 1-4 pada Ahad.

Iklan

Mengulas perlawanan menentang MUFT, Muhamad Adibf berkata,"Kami mendahului 1-0 tetapi kekuatan untuk bertahan hingga 90 minit agak sukar kerana berbeza kekuatan dan kematangan pemain 19 tahun yang lebih baik."

Sama ada penggantungan dua pemain ketika menentang Sime Darby sebelum ini menjejaskan rentak Muhamad Adibf berkata, penggantungan tidak mengganggu senarai pemain-pemain yang dimainkan dalam perlawanan ini.

"Biarpun begitu kekuatan pemain 15 tahun untuk kekal hingga ke minit 90 agak sukar apabila berhadapan dengan pemain 19 tahun yang berpengalaman dalam Piala Presiden dan liga kompetitif.

"Kami menguasai permainan dan mendahului terlebih dahulu tetapi rezeki tidak menyebelahi kami," katanya.